Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast

Monday, May 16, 2011

Time flies as we get older


Tengah malam tadi, ketika mata baru saja hendak lelap aku dikejutkan dengan SMS daripada seorang teman rapat (membawa berita sedih) - seorang kenalan lama (semasa di universiti) meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan.

Memang antara arwah dan aku tak pernah berkawan rapat, bertegur sapa pun boleh dikatakan tidak pernah. Tapi memandangkan kami pernah sekelas beberapa kali, secara tak langsung aku kenal juga dia pada nama dan orangnya.

Usia arwah sebaya saja dengan aku. Tahun ini baru mencecah 33 tahun, namun Allah lebih menyayangi dia. Walaupun tidak kenal rapat, aku akui tersentuh juga rasa hati apabila mendapat berita tentang kematiannya. Betapa ajal sama sekali tidak mengenal usia.

Kebelakangan ini begitu banyak berita sedih diterima, membuat aku terasa seolah-olah begitu dekat dengan kematian. Seorang ibu kehilangan satu-satunya permata hati sebelum sempat hari lahirnya tiba. Seorang isteri kematian suami pada usia yang masih muda. Seorang suami pula kematian isteri sebelum sempat menyambut ulangtahun perkahwinan yang pertama.

Begitu banyak perkara tidak lagi sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Hanya dalam tempoh 12 bulan, kegembiraan yang dulu ada kini berlalu pergi. Itulah hakikat putaran hidup manusia. Tak akan dapat lari dari kesedihan dan perpisahan dengan yang tersayang.

Siapalah kita hendak mempersoalkan ketentuan Ilahi. Kerana setiap yang hidup pastinya akan merasai sakit. Dan setiap yang hidup itu juga akan merasai mati.

"Al-fatihah untuk dia yang telah pergi. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. (amiin) " ~ ZaidahSikun
Gambar hiasan/picture credit : sumber internet

4 comments:

Masayu Ahmad said...

jai- adakah kawan mung itu ;meninggal selepas kritikal kemalangan?

Zaidah Sikun said...

Actually aku tak tau for sure cmne keadaan arwah lps eksiden tu. just tau dr sorang kawan kt fb, kt dia eksiden (tp takde further detail). Tgh mlm tu tetiba member sms kt dia dh mninggal. Terkjut jgk sbb x sgka akn sampai ke tahap tu. Tp smuanye dh tertulis.. ajal, maut di tgn Allah. Apa nk dikata.. :(

Masayu Ahmad said...

afrizal ke apa namanya

tgk kwan aku dok update kwn dia uia/ ptd

mungkin org yang sama

Zaidah Sikun said...

Ha'a.. org yg sama.. kbetulan la plak.