Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast

Friday, April 22, 2011

Kembung perut atau buncit?


Masalah perut kembung selalunya lebih cenderung berlaku di kalangan anak-anak kecil. Masalah perut buncit pula lebih banyak berlaku pada orang dewasa.

Betulkah begitu?

Mungkin tak terlintas dalam fikiran kita bahawa orang dewasa pun boleh mengalami masalah perut kembung yang agak serius. Kalau perut buncit atau berlemak, mungkin sudah jadi semacam 'makanan harian'. Tapi kalau perut kembung, rasanya jarang-jarang pula disebut orang.

Selepas berkahwin, macam-macam perubahan berlaku. Bukan saja dari segi bentuk badan dan cara hidup, tapi daya kemampuan organ dalaman pun turut berubah. Salah satu sebab yang mungkin menjadi punca adalah faktor umur yang semakin meningkat. Metabolisme makin menurun membuatkan makanan yang diambil agak lambat dihadamkan.

Dari sudut perubatan bagaimanapun banyak lagi penjelasan lain. Panjang lebar kalau hendak dimuatkan semuanya dalam satu entri.

Pada peringkat permulaan, susah juga hendak membezakan antara perut buncit atau kembung, berlemak atau sebenarnya hamil tanpa disedari. Tapi jalan mudahnya di sini ialah dengan menjalani ujian kehamilan yang boleh dibuat sendiri di rumah (home pregnancy test). Kalau positif, cepat-cepatlah berjumpa doktor untuk membuat pengesahan.

Sebaliknya kalau hasilnya negatif, bermakna ada masalah lain yang mungkin menyebabkan berlakunya masalah perut kembung atau buncit. Apa yang menjadi masalah ialah kadangkala masalah ini tak menyebabkan sendawa (atau 'membuang angin') berlebihan. Tapi perut terus kembung setiap hari.

Jika menyapu minyak angin pada perut tak banyak membantu dan perut nampak seperti hamil 3 bulan (sedangkan berat badan tidak naik dan lemak di perut tidak bertambah), lebih baik kalau terus mendapatkan rawatan di klinik.

Apa lagi jika perut sudah mula rasa kurang selesa, terasa 'penuh' dan ada masanya terasa sakit. Terus jalani pemeriksaan dan imbasan 'ultrasound' mungkin lebih berkesan bagi memastikan tiada masalah lain yang lebih serius, seperti kanser, fibroid atau cyst.

Sekiranya tiada masalah pada rahim dan lain-lain, kita akan diberi antibiotik dan ubat yang sesuai untuk membuang angin dalam badan. Dalam hal begini, sendawa dan 'membuang angin' saja tak banyak membantu. Oleh sebab itu mahu atau tidak, terpaksa makan ubat jika tak mahu masalah berlarutan.

Ada masanya masalah buncit mungkin juga disebabkan oleh masalah 'kencing kotor'. Selepas menjalani ujian air kencing, selalunya doktor dapat mengenal pasti sama ada berlaku masalah 'kencing kotor' atau tidak. Masalah 'kencing kotor' boleh menyebabkan perut rasa tak selesa (atau sakit) dan juga masalah kembung.

Selepas mengambil ubat dalam tempoh yang ditetapkan, biasanya perut yang kembung akan menyusut. Tapi kalau tidak berkurang, pemeriksaan lebih terperinci diperlukan. Jadi jangan sesekali bertangguh lebih lama - segera berjumpa doktor.

"Perut rasa seperti belon yang penuh angin = sangat tak selesa" ~ ZaidahSikun
Gambar hiasan : Sumber internet


3 comments:

Anonymous said...

huhu.... inilah masalah saya skrg... perut kembung melampau... sampaikan ada org tegur saya bagai mengandung 3 bulan.....(akak? mengandung ke?) ya rabbi,.saya kawin pon belom.. sedar xsedar...rupanya sluar yang sebelum ni sgt longgar...dan menjadi terlalu ketat.. dan sendiri bila tgok perut rasa mcm mengandung 3-4 bulan... huhu. kalo ada apa2 nasihat..

AZhana Aziz (0139000388)

Zaidah Sikun said...

Salam Azhana,
Ada rasa cam senak perut tak? (macam kembung yang lain macam sikit rasanya). Macam saya dulu, bangun pagi perut tak kembung/buncit sgt tapi bila lps makan, perut jadi lebih kembung. Kalau buncit sebab lemak, perut takkan rasa tegang & kt bleh pegang bhgian berlemak tu.

Kalau start rasa tak selesa atau sakit, elok pegi check dokter. Biasanye dokter akn check kat bhgn bawah perut utk tgk kalau ada masalah apa2. Kalau betul2 risau, mintak buat scan ultrasound.

Jgn biar lama2, takut ada mslh lain yang lebih serius. At least kalau dh tau apa yang tak kena, taklah fikiran runsing.

Kalau tak ada masalah serius, dokter akan bagi antibiotik & ubat utk buang angin dlm badan.

Nurul Janna said...

Sy sering berasa tidak selesa pd bhgian perut sentiasa berasa penuh angin kembung perut , slepas brkahwin ni .. Puas berurut masih sama angin memenuhi ruangan perut ni tak slesa dbuatnya bile ad buang angin y kuat lega rasenya seketika dn sendawa , dh pg klinik buat ultrasoun alhmdulillah doc ckp rhim smua tkde msalah tp tulah msalah kembung perut mseh ad smpai skrg buntu dbuatnyaa