Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast

Thursday, October 7, 2010

Semua mahu sempurna!

Diam tak diam sudah masuk 6 bulan aku dan si dia menjalani hidup sebagai suami isteri. Buat masa ini aku masih dalam tempoh membiasakan diri dengan fasa pertama perkahwinan. Kami sama-sama masih bertatih dalam membina sebuah keluarga yang stabil.

Sejak hari pertama berkahwin aku selalu berkata pada diri-sendiri : "hati mesti mahu lapang, fikiran mesti tenang sebab apa yang menanti di hadapan tak dapat dijangkakan." Tetapi aku akui, ada masanya tahap kesabaran yang ada masih tak memadai. Nyaris saja kalah dengan cubaan kecil yang Allah beri.

Faham-faham sajalah apabila sudah berkahwin - semakin banyak hati yang perlu dijaga; macam-macam masalah pula yang timbul. Hendak marah-marah atau merajuk sesuka hati (macam waktu bercinta dulu) pun tak boleh sebab hati 'syurga' perlu dijaga. Hati mentua juga tak boleh disakiti sebab yang itu pula syurga encik suami.

Mesti menyiapkan makanan tiga kali sehari, mengemas, mencuci dan menyediakan kelengkapan, pakaian suami ke tempat kerja. Semua itu menjadi rutin penting kalau mahu menjadi isteri solehah. Tak ada alasan hendak bermalas-malas sekalipun ada tuntutan kerja.

Macammana pun aku bersyukur sebab suami banyak membantu, malah setia menjadi tempat mengadu dan menangis. Kalau tidak, entahlah… mungkin apa yang tinggal cuma air mata.

Hakikatnya, bukan mak mentua saja yang mahu menantu sempurna, suami pun (walaupun tak mengaku) tentu mahukan isteri yang sempurna serba-serba - baik dari segi penampilan mahupun kebolehan menjadi isteri mithali. Tipulah kalau ada suami yang tak kisah langsung apabila isterinya kurang rajin di rumah.

Bagi aku, lebih selesa rasanya kalau dapat menjadi diri-sendiri. Tak perlu berpura-pura baik bak 'warisan wanita melayu terakhir' sebab aku cuma manusia biasa yang ada banyak kelemahan. Sebab itulah semasa masih bercinta lagi aku sudah memberitahu suami yang aku memang tak sempurna, bahkan tak mampu hendak menjadi wanita 'perfect'.

Tapi aku berjanji, dengan izin Allah akan berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik. Kalau tak mampu menjadi menantu gred A pun tak mengapalah, asalkan dapat menjadi isteri yang baik untuk suami.

"Hakikatnya ada ke manusia yang sempurna?" ~ ZaidahSikun

3 comments:

Nowwa Fitri said...

Lepak la Jai...ko kena selalu remind suami..kita ni saling melengkapkan..pasangan hidup selalu berlawanan..kalau dia rasa dia sempurna..sah2 la kita tak kan?
hahhaa...itu yg selalu aku ckp dulu..

"Kalau i tau serba serbi...i takkan kawin dengan u..sebab ada byk lagi benda yang u tau,i tak tau..jadi kita dijadikan untuk melengkapkan utk mencapai titik sempurna!"

Alhamdulillah..6tahun bersama..even tanpa anak lagi..aku rasa sekarang dia dah byk absorb mcm2 positif aspek dari aku,dan aku plak dari panas baran,kini sudah tak pandai marah2 lagi..heran kan?So aku rasa kami saling melengkapkan...cukup dia tahu apa yg aku rasa...[gaduh tu rencam rumahtangga..baru syiok gaduh2 sket2]dan aku tau apa yang dia rasa..

Paling sweet dlm melayari alam rumahtangga when he finished my sentence just the exact way I want!

Tapi ini berlaku setelah berjaya menempuhi 5thn pertama yang sungguh mencabar minda,so ur time will come..insya Allah!

Perghhhhhhhhhhhhhhh..mcm berjela komen aku!

Ibu Qisqais said...

Jai,

Resam hidup berumahtangga mcm tu la..kalo setakat benda2 kecik yang buat kita xtahan tu telan je walau pun pahit utk diri sendiri sbb yg penting nk jaga keharmonian rumahtangga..mmg bukan mudah walaupun nampak mudah..
aku pun mcm nora gak dh masuk 6 tahun kawen n 3 anak..bohongla kalau aku kata xpenah gaduh kan..nampak bahagia tp kekadang bertelingkah tak bertegur sapa jugak..hehe..
Anyway, selamat melayari bahtera rumahtangga..satu je nk kongsi tips..banyak bersabar dlm apa jua dugaan Allah..

Zaidah Sikun said...

TQ Nora & Wiwie.. :-)

apa yg korang kata tu smuanye btul.. Byk perkara perlukn kesabaran.. lebih2 lg bila dh kawen ni. Kdg2 rs stres jgk.. tp hdup mst diteruskn. Moga2 kita smua dipermudahkn Allah dlm sgala hal & bhgia hdup berumahtangga. ~ amin!