Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast

Monday, April 19, 2010

Hari Bahagia...

Tanggal 10 April 2010 bersamaan 25 Rabi'ul Akhir 1431H yang lalu, akhirnya aku sah menjadi isteri kepada kekanda idaman kalbu. Macam mimpi rasanya. Sampai hari ini pun terasa masih susah hendak percaya yang aku sudah bersuami.

Ditakdirkan aku dan suami memang serasi sejak awal perkenalan lagi. Dia tempat aku mengadu suka dan duka, serta berkongsi air mata selama lebih 4 tahun kami bercinta. Selama itu juga aku menganggap dia sebagai sahabat yang paling akrab. Mungkin sebab itu setelah berkahwin pun aku tak terasa banyak perbezaan.

Demi Allah, tak dapat aku luahkan betapa lega rasa hati setelah semua urusan selesai. Sejak suami bekerja di Belanda awal Januari lalu, aku sudah mula sibuk dengan urusan perkahwinan. Tak menang tangan, tak cukup masa hendak menguruskan itu dan ini. Berlebih lagi kebetulan dalam bulan April aku dan kak na sudah merancang hendak berpindah rumah.

Macam-macam dugaan terpaksa dilalui - Allah saja yang Maha Mengetahui apa yang telah aku tempuh. Perit jerih, patah hati, bermandi air mata... semua itu jadi permainan sepanjang 3 bulan ini.

Apa pun, semuanya sudah berlalu dan aku tak mahu asyik memandang ke belakang. Bersyukur teramat sangat ke hadrat Ilahi kerana sekurang-kurangnya Dia telah memberi aku kemudahan untuk mengharung segalanya. Banyak kekurangan yang tak dapat dielak, tapi setidak-tidaknya banyak perkara pokok dapat juga dipenuhi.

Paling sedih apabila ramai teman tak dapat hadir. Begitupun aku faham, setiap orang mempunyai kesulitan masing-masing. Tak boleh aku hendak memaksa mereka turun juga ke Muar semata-mata kerana aku.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan yang sanggup datang dari jauh untuk menyaksikan hari bahagia aku tempoh hari. Maaf juga seandainya ada kekurangan semasa majlis, terutama kelemahan aku kerana tak dapat melayan semua yang hadir.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang telah bersusah payah membantu aku menyempurnakan majlis. Dan kepada semua yang mendoakan aku dan suami dari jauh ~ ZaidahSikun

4 comments:

Beautiful Life said...

Salam Jai,

Selamat Pengantin Baru!! Sorry tak dapat hadir...aku doakan kau semoga bahagia ke anak cucu cicit...

Nowwa Fitri said...

Tahniah Jai...

Lebih banyak menulis mengenai pengalaman hidup di Belanda lepas ni yea..

netty said...

Salam jai...maaf sangat2 aku tak dapat hadir di hari bahagia kau tempoh hari..hari yang sama juga aku kena (wajib) balik kampung..sebab en yem dah paksa aku balik. sebab minggu2 sebelumnya asyik kerja saja..huhu..semoga jai terus berbahagia dan happy selalu...dapatkan anak dari negara omputih tu ya..hiks!

Zaidah Sikun said...

Nuwal :
Salam. Xpe,nuwal.. aku faham. Thank u so much.. huhu.. :"D

Nora :
Tima kaceh... :") Insya-Allah, tgh mengarang nih.. br masuk bab nk gi Belanda.. hehehehe.. Jenguk la blog usang aku ni bila2 free yea? ~Take care. :")

Netty :
Salam. :") xpe nett, aku faham. Mcm aku kt lah... semua orang ada masalah tersendiri. Aku kena faham jugak walau apa pn.
Anyway, Thanks sbb mendoakn aku dr jauh. Insya-Allah harap2 Allah murahkn 'rezki' aku.. ;")