Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast

Saturday, August 22, 2009

Selamat Datang Ramadan

Tepat jam 7.23 malam, dengan izin Allah selamat sudah hari pertama aku berpuasa. Hari ini aku berbuka puasa seadanya saja - tiada hidangan mewah ataupun juadah dari pasar Ramadan. Cukup sekadar dengan buah tamar, air untuk membasah tekak, nasi beserta dua lauk yang sederhana.

Walaupun Kuala Lumpur meriah dengan bazaar Ramadan setiap tahun, tapi rasanya nafsu untuk aku membeli juadah berbuka puasa sudah lama malap. Sudah menjadi kelaziman aku lebih gemar berbuka puasa dengan juadah yang dimasak di rumah. Tak kira walaupun cuma nasi berlaukkan ikan masin, bagi aku itu sudah memadai.

Teringat semasa arwah abah masih ada, abah paling gemar berbuka puasa dengan buah tamar (kurma). Hari pertama berpuasa, abah akan membeli buah tamar untuk kami sekeluarga. Pendek kata, buah tamar mesti ada di atas meja untuk berbuka puasa.

Ketika Ramadan, kami sekeluarga biasa berbuka secara sederhana. Nasi dan lauk-pauk disediakan setakat apa yang termampu. Paling penting ialah makanan kegemaran kami - jemput-jemput (cucur) ikan bilis cicah sambal merah. Pasti membuat kami 8 beradik berebut-rebut ketika makan.

Entah di mana istimewanya juadah itu aku pun tak pasti, tapi yang penting itulah makanan kegemaran aku setiap kali berbuka puasa di kampung. Lumrah kalau makan beramai-ramai, walau makanan biasa saja pun boleh jadi sedap yang teramat.

Kalau teringin ke bazaar Ramadan membeli makanan, selalunya aku akan ke Taman Melawati ataupun Wangsa Maju. Tidak ada sebab yang khusus, tapi aku lebih suka ke situ kerana kedudukannya yang tak jauh dari rumah.

Tambahan pula rata-rata juadah yang dijual jarang ada yang tidak sedap. Mungkin kerana kebanyakan penjual di situ sudah biasa berniaga makanan di pasar malam.
Gerai menjual makanan berderet-deret, saujana mata memandang.

Pelbagai menu ada dijual, memang rambang mata dibuatnya
. Bau makanan amat menduga iman ketika berpuasa. Silap haribulan habis wang di dalam dompet kerana memborong juadah untuk berbuka.

Begitupun, juadah yang aku beli tetap sama saja setiap kali. Air kacang soya atau air tebu. Ayam percik, murtabak atau mungkin kuih-muih tertentu - bergantung pada keinginan masa itu.


Lazimnya aku cuma singgah di beberapa buah kedai, kemudian membeli juadah yang diinginkan.
Tak kuasa hendak membuat lawatan 'mencuci mata' dari kedai ke kedai.

"Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. Semoga ibadah kita diterima Allah hendaknya." ~ ZaidahSikun


6 comments:

Anuar Manshor said...

Beriftar bersama keluarga pada masa lalu memang merupakan kenangan sangat manis. Kalau teringat balik, boleh melelh air mata ni!

aceramza said...

hmm.. seronok berbuka puasa bersama keluarga. Sygnya hr pertama sy berbuka di pejabat.. Masih meriah, tp tidak seperti di rumah/kampung.

Bila Zai nak pi Bazar w.maju? Nak ikut? :P

Zaidah Sikun said...

Tuan Anuar :
Masa berlalu dgn begitu pantas. Byk perkara dah berubah, tp kenangan bersama keluarga takkan dpt kt lupa selamanya.
~ sampai jugak tuan ke blog saya ni ek? Terima kasih. Ada masa datang la lagi.. :-)

Aceramza :
Siannye.. :-) Takpelah, kdg2 kita terpaksa berkorban demi tanggungjawab pd keja. Insya-Allah, byk lg pluang nk buka puasa dgn kuarge.. :-D
~ takde pegi bazaar lg stakat ni. Cuma tgk dr jauh je.. hehe..

Anonymous said...

Pose kali ni blm lg dapat berbuka dgn jemput2. x sabar nak blk kmpg nk buat sendiri and makan dgn semua ahli kuarga...:))

Rosma Sikun said...

saye ar 2 Anonymous...
hehehe..

Zaidah Sikun said...

Ku pkir sape la tadi anonymous.. rupanya adik ku sndiri.. kuikui.. :-D