Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast

Sunday, April 19, 2009

A reunion




Hari ini aku berjumpa dengan dua orang kawan lama. Kawan semasa di tingkatan 5 Pica 1995... Sekolah Menengah Vokasional Perdagangan Johor Bahru.

Kali terakhir bertemu mereka ialah sewaktu mengambil keputusan SPMV tahun 1996. Itupun aku tak begitu pasti tentangnya. Maklumlah, itu semua cerita lebih sedekad lalu. Sekarang sudah masuk April 2009, sudah tentu banyak kenangan yang telah terpadam dek kerana kantung ingatan penuh.

Lebih 10 tahun tak berjumpa, aku langsung tak dapat menyorokkan rasa gembira ketika berjumpa mereka berdua. Senyuman selalu saja terukir di bibir... gelak tawa pula sepanjang masa membasahi gusi.

Masing-masing begitu galak bercerita perihal itu dan ini. Bertanya tentang orang-orang tertentu, gosip-gosip hangat, cinta monyet ketika di bangku sekolah, kenangan lalu dan macam-macam lagi.

Walaupun sekelas dan menghabiskan banyak masa di asrama, kami sebenarnya tidak begitu rapat ketika dulu. Aku, Along dan Ummi mempunyai sekutu tersendiri sewaktu di zaman sekolah. Selepas tamat persekolahan masing-masing membawa haluan sendiri. Malah kami terputus hubungan sama sekali, sehinggalah Facebook menemukan kami semula.

Bertahun-tahun tiada khabar berita tentang kawan-kawan SMVPJB, akhirnya hari ini kami dapat duduk semeja lagi. Bergelak ketawa mengingatkan kisah lama... Bertukar-tukar cerita tentang kehidupan masing-masing. Pendek kata, kami langsung tidak kekok ketika bersembang. Ada saja cerita hendak dikongsikan.


Dari restoran Warong Kita, kami berpindah ke Chicken Rice Shop. Selepas solat Asar, kami memilih medan selera pula sebagai lokasi menyambung cerita. 6 jam habis begitu saja tanpa disedari. Hampir jam 8 malam barulah kami berpisah pulang ke rumah masing-masing. Itupun masih banyak perkara tidak habis dibincangkan.

Duduk bersama bekas rakan sekelas, membuat aku lupa seketika dengan masalah-masalah yang melanda hidup aku sekarang ini. Terasa seperti berada semula di zaman sekolah... sewaktu fikiran masih mentah dan tidak terlalu serius menilai hidup. Ketawa sepenuh hati ketika mengambil gambar bersama. Saling usik mengusik tanpa mempedulikan orang-orang di sekeliling. Terlupa sama sekali yang aku sekarang berusia 31 tahun, bukan lagi remaja berumur 17 tahun.

Walaupun zaman sekolah bukanlah zaman kegemilangan untuk aku. Tapi kadang kala aku ingin sekali mengulangi zaman itu. Saat-saat gembira bersama rakan-rakan sebaya. Bangun jam 6 pagi bersiap untuk ke sekolah... Makan beramai-ramai di dewan makan... Berjalan dalam barisan untuk ke kelas... dan merasai kepuasan dapat pulang ke asrama menjelang tengahari.

Mungkin banyak perkara tak ada lagi dalam fikiran aku sekarang. Tapi hakikatnya aku selalu merindui zaman sekolah. Apabila terlihat biru putih baju seragam sekolah, aku teringatkan waktu sekolah... pakaian seragam SMVPJB dan pisang goreng dengan sambal kicap yang hampir setiap kali akan dibeli apabila balik dari klinik.

Hati aku benar-benar tersentuh.
Kerana berbanding waktu itu, apa yang aku ada hari ini hanyalah lebih banyak kesedihan dan tekanan.

5 comments:

Masayu Ahmad said...

kalau jumpe kwn2 lama, berborak sampai lupa ada anak2 kat seblah

@ce said...

Bila jumpa kawan2 lama tu, memang seronok.. Ceta smp lupa dunia sekejap.. hehehe..

Yelah, nk berjumpa bukannya senang, masing2 dh ada kehidupan sendiri. Ada yg dh kawin, ada anak, keja.. Kawan karib pn susah nk berjumpa sbb masing2 ada dunia sendiri..

Memang best bila sekali sekala berkongsi dunia masing2.. Buat la lagi reunion kalau ada masa.. ;)

*reunion kawan2 net bila lak? Hehehehe :P*

Zaidah Sikun said...

Ayu ~ btul tu.. hehe.. ;) bila plak kita nk wat reunion rakan2 ex-karangkraf nih? hehe..

Ace ~ Insya-Allah bila ada masa yg seswai nnt kita plan reunion utk kengkwan intenet lak ye? Huhu..! :D

ezajay said...

salam..
wah...muka senior2 kita ni..x nampak berumur la..mcm masa sek dolu2 gak..
makin cun pun yer gak..

Zaidah Sikun said...

kuikui... muka mmg tak byk brubah, eza.. berat bdn masing2 je yg dh brubah.. hehe.. ;)
Anyway, mmg sronok dpt jumpa kwn2 lama.. Kalo ada rezki, psni jumpa ngn eza plak ye? :D