Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast

Thursday, April 30, 2009

What's next in my life?

Dalam usia 30 tahun, aku sedar tentang begitu banyak perkara dalam hidup. Hidup bukan semata-mata berkaitan dengan kemanisan dan kegembiraan. Tapi juga tekanan, yang meningkat hari demi hari... seiring dengan usia.

Walau bagaimana sekalipun badai menghempas, kita tetap perlu mengharunginya. Mungkin ada di antara kita yang dianugerahkan dengan begitu banyak kejayaan dan kemasyhuran. Tapi di sebaliknya tetap akan ada kekurangan.

Yang kaya dan masyhur, terasa duit masih tidak mencukupi. Terus mengejar kesenangan duniawi. Malah tidak pernah aman jiwanya kerana terlalu risaukan banyak perkara. Mereka yang miskin pula, walaupun bahagia tapi gundah gulana setiap hari oleh sebab tidak cukup wang untuk menyara keluarga.

Mungkin aku pun begitu juga...


Apabila aku menarik nafas dalam-dalam... aku tahu ada sesuatu yang boleh membuat aku betul-betul gembira. Ada sesuatu yang paling cocok untuk aku lakukan. Sesuatu yang padan dengan cara pemikiran dan cara aku bekerja. Tapi apa dia? - aku masih berusaha mencari jawapannya.


Tapi yang lebih pasti, sekarang ini aku ingin mencari semula jiwa seni yang sudah lama aku abaikan. Menulis, melukis, mengambil gambar... apa saja berkaitan seni. Kerana di situ letaknya jiwa aku yang sebenar.

2 comments:

Masayu Ahmad said...

mulakan semula, ikut rasa hati... insya-allah kejayaan pasti akan datang semula...

dalam maksud entri ini.

Zaidah Sikun said...

Tulah, ayu.. :) Mmg dalam maksudnya... untuk orang mcm kita ~ golongan terpilih.. Especially utk aku.
Untung ada kawan yg byk idea cam ko.. :) Smoga plan kt berjalan lancar.. Aamiin..