Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast

Thursday, March 26, 2009

What makes me feel good

Setiap orang tentu akan mengalami tekanan. Aku begitu juga. Memang aku bersalah kerana membiarkan diri menjadi mangsa tekanan sebelum ini. Pada waktu itu aku masih mencari arah tuju.

Aku seperti pengembara yang sesat di jalan terang. Mempunyai kerjaya yang dianggap bagus, gaji tetap setiap bulan, malah saudara-mara juga mengagumi pencapaianku, tapi mengapa aku langsung tidak gembira?


Bohong kalau aku katakan aku sama sekali tidak tertekan sekarang. Hidup manusia tak akan dapat lari dari dugaan dan tekanan. Setidak-tidaknya aku masih boleh tersenyum walaupun bekerja dalam tekanan. Aku tertekan setiap kali orang lain menyebut tentang kerja tetap kepada aku. Tertekan apabila orang lain seakan memperlekeh jalan hidup yang aku pilih.

Memang aku hilang semangat kadang kala. Tapi aku nekad untuk meneruskan perjalanan. Tidak ada jalan untuk aku berpatah balik. Jujurnya aku masih belum dapat melihat 'cahaya' di hadapanku. Semuanya masih samar-samar, membuatkan aku bimbang memikirkan apa yang menunggu di hadapan.

Begitu pun, aku gembira dengan setiap detik yang telah ku lalui selama ini. Hidupku sekarang jauh lebih baik, lebih teratur berbanding sewaktu bekerja makan gaji.

Aku tidak memperoleh gaji bulanan yang tinggi. Tidak ada pangkat atau gelaran hendak dibanggakan. Tapi aku merasai ketenangan dan menjalani hidup sepertimana yang aku mahukan. Bukan dengan cara yang diinginkan oleh orang lain kepada aku.

Allah sentiasa mencukupkan rezeki ku selama ini dan aku bersyukur. Sesungguhnya aku amat terharu dengan kasih sayang yang Allah berikan. Aku benar-benar ingin mencari apa yang ditakdirkan Allah kepadaku.

Terlalu banyak perkara telah aku tinggalkan selama ini. Aku ingin mencarinya semula.

~ Carilah dirimu yang sebenar dan kamu akan hidup bahagia ~ Zaidah Sikun


2 comments:

netty said...

Betullah Jai, kasih sayang Allah kat kita tak pernah berkurangan. Kita jer yang kadangkala alpa. Semoga Jai dan kita semua jumpa dengan apa yang dicari..

Zaidah Sikun said...

Mekasih nett.. smoga yg terbaik akn dtg pd ko dan aku juge.. ~ amin!