Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast

Tuesday, March 31, 2009

My sister's 'Nikah' day










Alhamdulillah, Kak itah kini sah menjadi isteri kepada Mohd Toyib - abang ipar aku sekarang pada hari Jumaat, 19 Disember'08.

Tak dinafikan, perkahwinan Kak Itah memang dinanti-nantikan oleh semua orang. Sebagai anak sulung dalam keluarga, Kak Itah agak terkenal di kampung. Apatah lagi sebelum ini keluarga kami belum pernah 'menerima menantu', tentu semua orang gembira apabila kak itah akhirnya bertemu jodoh.

Bertahun-tahun khabar ini kami nantikan, aku yakin emak merupakan insan yang paling gembira. Akhirnya beban emak berkurang, tidak perlu lagi berdepan dengan karenah orang kampung dan sanak saudara yang asyik bertanya tentang status Kak Itah.

Majlis pernikahan Kak Itah dibuat secara sederhana saja. Tapi tetap meriah dengan kehadiran sanak saudara yang agak ramai. Malam sebelum majlis nikah, diadakan kenduri doa selamat. Pada petang keesokan hari, barulah diadakan majlis akad nikah di masjid berdekatan.

Walaupun serba ringkas, tanpa adanya jemputan dari kalangan penduduk kampung dan teman-teman, kami sekeluarga tetap bertungkus-lumus menjayakan majlis pernikahan Kak Itah. 7 orang adik beradik kami (tak termasuk Kak Itah) terasa masih tidak cukup untuk menguruskan begitu banyak perkara dalam masa yang singkat. Kami masing-masing tidak 'menang tangan' menguruskan itu dan ini.

Lewat petang barulah kami semua dapat merehatkan badan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar meskipun itu merupakan kali pertama keluarga kami mengadakan majlis pernikahan. Pengalaman yang menyeronokkan, penuh tekanan dan memenatkan, tapi dalam masa yang sama kami gembira dengan status baru Kak Itah.

Semoga Kak Itah hidup bahagia bersama suami tersayang. Aamiin...



Missing You




No comments: