Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast

Tuesday, March 31, 2009

My Family










Nama Bapa: Sikun Bin Omar
Nama Ibu : Sitinah Bt Mokmin
Bil. Adik-beradik: 8 orang (6 perempuan, 2 lelaki)
Kampung Halaman: Kg Baru Sawah Ring, Muar (Johor)


8 orang adik-beradik, mungkin bunyinya agak ramai bagi sesetengah orang. Belum cukup untuk menjadi satu pasukan bola sepak, tapi sudah memadai untuk menambahkan meriahnya suasana keluarga kami.

Sewaktu kecil, kami selalu berebut ketika makan 'berkat' yang abah bawa balik dari kenduri. 8 orang sudah cukup membuat mak dan abah runsing setiap kali kami bertengkar. Begitulah lumrah hidup dalam hubungan adik-beradik. Ada masa gembira bersama, ada masanya saling bermasam muka, berkecil hati dan bertengkar.

Sesekali balik kampung, suasana rumah yang lazimnya sunyi menjadi riuh seketika. Kami akan berkumpul di dalam bilik, bercerita itu dan ini. Terlalu banyak perkara ingin dikongsikan. Emak dan abah pun sudah cukup masak dengan karenah kami adik-beradik.

Walaupun ketika kecil kami hidup sederhana, jarang sekali emak dan abah mengingatkan bahawa kami keluarga miskin. Ada masanya kami tak punya duit untuk membeli makanan di kantin. Tidak dapat makan hidangan yang enak dan sempurna. Malah ada kalanya kami tidak berduit hendak membayar yuran sekolah. Tapi kami adik-beradik tetap meneruskan pelajaran dengan bersungguh-sungguh.

Pengorbanan emak dan arwah abah terlalu banyak dalam hidup kami adik-beradik. Terlalu banyak kepahitan yang terpaksa dilalui membuatkan kami amat menyayangi emak dan arwah abah.

Terima kasih emak dan abah... kerana membawa kami 8 beradik ke dunia ini.

No comments: