Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast

Tuesday, March 24, 2009

3 perkara dalam cinta sejati

1. Dulu penting, sekarang tidak lagi

Perkara-perkara yang selama ini sangat penting bagi kamu, sekarang tidak lagi menjadi perkara utama. Kamu dapat menerima segalanya tentang si dia - rupa dan penampilan sederhana, tidak kaya atau pendidikan yang tidak setaraf. Kamu tetap ingin berada di sampingnya, walaupun si dia bukan cita rasa kamu.

Bukan kerana kemaruk cinta, tapi kerana kamu menilai si dia dari keindahan hati budi dan iman. Tak semua orang mampu menilai kasih sayang dengan 'mata hati'. Kamu memang bertuah jika mampu berbuat begitu.

2. Kekurangan bukan lagi masalah

Dalam percintaan mahupun perkahwinan, tentu ada turun naik pada graf kasih sayang. Keadaan mungkin tak seindah waktu mula-mula bercinta. Semua kekurangan si dia nampak semakin ketara di mata kamu. Selepas berkahwin atau bercinta dalam tempoh yang agak lama, mungkin kamu dan si dia sama-sama tidak kekok menunjukkan sikap sebenar. Kerana itu kamu berasa sedih, tidak gembira dan berasa kurang dihargai. Si dia juga mungkin begitu.

Tetapi bagi kamu yang benar-benar tulus menyintai, tentu dapat bangkit dari perasaan negatif ini. Kamu perlu berusaha menerima kelemahannya dan berusaha untuk memperbaiki keadaan kerana kamu juga punya kekurangan. Setiap manusia selalu inginkan kesempurnaan, tapi kesempurnaan itu tidak ada pada manusia. Hanya milik Allah S.W.T.

3. Pengorbanan itu kasih sayang

Cinta sentiasa memerlukan pengorbanan. Kamu mengorbankan kebahagiaan diri demi si dia. Bersabar dengan dugaan yang melanda perhubungan. Begitu juga si dia yang sanggup berkorban hampir apa saja untuk melihat kamu tersenyum. Pernahkah kamu berusaha menghargai pengorbanan?

Ada masanya kita merasakan diri kita sudah banyak berkorban untuk orang lain. Benarkah begitu ataupun kita sebenarnya cuma bersikap pentingkan diri? Bagi orang yang ikhlas menyayangi, tentu akan dapat melihat pengorbanan insan lain dan menghargainya. Kamu patut rasa bertuah kerana berada di samping seseorang yang sentiasa ingin melihat kamu bahagia.


~ Cinta adalah nikmat teragung dari Allah yang Maha Esa ~ Zaidah Sikun



No comments: