Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast

Monday, March 23, 2009

Impian dan khayalan

Menulis semula selepas 2 tahun tidak menulis apa-apa memang sedikit janggal. Sudah agak lama aku tidak menulis untuk majalah atau diari. Sekali-sekala mencuba, aku berhenti sekerat jalan. Begitu susah untuk aku melengkapkan sebuah cerita. Sedangkan dulu aku boleh menghabiskan masa berjam-jam mencurah rasa hati di dalam diari.

Walaupun begitu susah untuk kembali menulis seperti dulu, hakikatnya aku sentiasa menulis. Tapi cuma dalam hamparan hati dan fikiran. Hubungan aku dan dunia penulisan tak ubah seperti pasangan kekasih yang terpisah. Zahirnya saja tidak bersama, tapi di jiwa tetap bersatu.

Idea untuk menulis novel mencurah-curah kadang kala. Aku bersyair di dalam hati. Bersastera dalam fikiran. Namun tak pernah jadi senaskhah novel. Mengapa agaknya?

Blog ini adalah titik permulaan kepada 'kelahiran semula' Zaidah Sikun di bidang penulisan. Mungkin belum mampu menghasilkan karya-karya agung, tapi cukup sekadar untuk melepaskan rindu.

~ Ingati aku walau sekadar di dalam mimpi ~ Zaidah Sikun

No comments: